Monday, December 5, 2011

Apa Itu Linus?

Program Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA

NKPI 3.2: 
Semua murid* akan boleh menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mendapat pendidikan rendah sebelum memasuki tahun 4

*Bagi murid berkeperluan khas- meliputi murid-murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, masalah kepelbagaian deria dan masalah fizikal- kurikulum yang khusus telah dibina bagi murid-murid berkeperluan khas ini


Apa itu Program LINUS?

LINUS ialah akronim bagi "Literacy and Numeracy Screening"

LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas literasi dan numerasi semasa tahap 1 sekolah rendah

LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M; Membaca, Menulis dan Mengira

Bagaimana Program LINUS berbeza daripada program-program sebelumnya.

1.Program akan berfokus kepada intervensi awal (Tahun 1 - 3) untuk literasi dan numerasi. Program intervensi yang lalu hanya berfokus kepada kemahiran literasi sahaja (KIA2M) dan pada murid tahun 4 - 6 (PROTIM)

2.Mengurangkan kadar Guru Pemulihan dan murid kepada 1 guru : 15 murid daripada sekarang yang hanya 1 guru untuk 1 sekolah

3.Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitator yang dikenali sebagai Pegawai FasiLINUS yang ditempatkan di semua PPD (1 FasiLINUS = 30 buah sekolah)

4.Pengurusan dan penyeliaan didesentralisasikan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan di bantu oleh JPN serta dipantau oleh Jemaah Nazir. Sebelum ini perkara ini tidak dilaksanakan olek KPM

5.Guru terbaik terkini akan ditempatkan pada tahun 1 dan 2 iaitu semenjak dari program LINUS (bukan hanya di kelas peperiksaan sahaja)

6. Guru Pemulihan LINUS akan ditempatkan untuk mengatasi masalah pemulihan LINUS di sekolah

No comments:

Post a Comment